Apa Yang Kita Harus Lakukan?

Blog ini khas untuk memaparkan 10 isu-isu yang dianggap penting dan terbaik untuk dikaji dan dinilai pada setiap bulan agar dapat membuka mata masyarakat khususnya pengamal-pengamal sukan untuk memikirkan bersama kaedah dan pendekatan terbaik mengatasi masalah-masalah yang dihadapi demi membangunkan dan memperbaiki mutu sukan negara

Tuesday, December 8, 2009

Adakah Benar Pasukan Bola Wanita Malaysia Tidak Bersedia

Berita Harian, 8 Dis 2009

FAM gantung sementara skuad wanita

KEKALAHAN demi kekalahan memalukan yang dialami skuad wanita negara menyaksikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan 'menggantung' mereka daripada menyertai sebarang aksi kompetitif berkuat kuasa tahun depan.

Keputusan itu diambil pada mesyuarat Majlis FAM semalam selepas keaiban 14-0 kepada Thailand yang disusuli 8-0 kepada Vietnam, dan skuad itu hanya akan dibenarkan kembali beraksi dalam kejohanan selepas menunjukkan peningkatan.

"Baru tadi, kami membuat keputusan untuk tidak menghantar skuad bola sepak wanita beraksi dalam kejohanan antarabangsa, sebaliknya menumpukan kepada pertandingan domestik.

"Larangan ini berkuatkuasa tahun depan dan akan ditarik balik selepas terdapat peningkatan dalam mutu permainan. Mereka hanya akan dibenarkan menyertai perlawanan persahabatan," kata Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin dengan larangan itu turut merangkumi acara futsal wanita.

Keputusan itu turut disokong pengurus pasukan negara, Alina Cheong dengan menyatakan langkah itu sebagai usaha terbaik mempersiapkan pasukan yang baru dibentuk lima bulan lalu.

"Mungkin kita boleh wujudkan liga wanita terlebih dulu dan mencari pemain yang benar-benar mampu memikul tanggungjawab diberikan," kata Alina.

Ketika ditanya sama ada pasukan ini benar-benar bersedia sebelum ke Laos, Alina menjelaskan pemilihan dilakukan selama lima hari di seluruh negara sebelum latihan selama lima bulan.

Tambahnya lagi, kehadiran pasukan itu ke Laos sudah dipersetujui lebih awal oleh 'pihak atasan' walaupun sedar ranjau yang bakal dihadapi mereka.

No comments:

Post a Comment