Apa Yang Kita Harus Lakukan?

Blog ini khas untuk memaparkan 10 isu-isu yang dianggap penting dan terbaik untuk dikaji dan dinilai pada setiap bulan agar dapat membuka mata masyarakat khususnya pengamal-pengamal sukan untuk memikirkan bersama kaedah dan pendekatan terbaik mengatasi masalah-masalah yang dihadapi demi membangunkan dan memperbaiki mutu sukan negara

Tuesday, December 8, 2009

Adakah Kedaifan Sesebuah Negara Menyediakan Prasarana Sukan Membuatkan Negara Lain Yang Turut Bertanding Akan Mengaku Kalah Begitu Saja?


Berita Harian , 8 Dis 2009

Gelanggang macam kandang kambing


KEADAAN daif di gelanggang latihan angkat berat terletak di Maktap Peguruan Pornsawan kurang menyenangkan atlit negara.

SEPERTI kandang kambing mungkin tepat menggambarkan keadaan tempat latihan pertama skuad negara yang mengadakan latihan sulung di Pusat Perguruan Pornsawan, semalam.

Masakan tidak, tempat latihan berkenaan diadakan di laluan pejalan kaki menghubungkan dua bangunan di pusat perguruan itu dan diletakkan khemah.

Keadaan sempit itu ditambah dengan permukaan jalan yang sudah pecah serta mampu mendatangkan kecederaan buat atlit jika tergelincir ketika mengangkat bebanan.

Kelengkapan pula sudah lama dan tidak mencapai tahap sepatutnya, walapun hakikat itu mampu diterima skuad negara memandangkan Laos bukan negara yang mampu menyediakan semua kelengkapan lengkap.

"Semua negara mengadakan latihan di sini dan malam nanti (semalam) kami akan mengadakan pertemuan dengan chef-de-mission bagi membincangkan keadaan ini," kata pengurus negara, Syed Fairus Syed Ali.

"Lantai banyak pecah dan ini boleh mencederakan atlit, atlit juga boleh memberikan alasan ini jika gagal beraksi dengan baik nanti."
ZAIRA Zakaria meneruskan latihan sekalipun keadaan gelanggang tidak sempurna.

Kata Fairus, masalah itu akan disuarakan pada perbincangan berkenaan kerana selepas ini lebih banyak negara akan menggunakan kemudahan di tempat latihan itu.

Selain tempat latihan, lapangan untuk memanaskan badan juga agak sempit terletak bersebelahan tempat pertandingan � bagaimanapun ia rata dan membolehkan atlit mengangkat tanpa sebarang masalah.

"Peralatan untuk latihan memang teruk tetapi kami boleh terima kerana mereka bukan negara kaya, tetapi tempat latihan itu seharusnya diperbaiki," kata Fairus.

No comments:

Post a Comment