Apa Yang Kita Harus Lakukan?

Blog ini khas untuk memaparkan 10 isu-isu yang dianggap penting dan terbaik untuk dikaji dan dinilai pada setiap bulan agar dapat membuka mata masyarakat khususnya pengamal-pengamal sukan untuk memikirkan bersama kaedah dan pendekatan terbaik mengatasi masalah-masalah yang dihadapi demi membangunkan dan memperbaiki mutu sukan negara

Tuesday, December 8, 2009

Dimana Penaja-Penaja Tempatan?Adakah Mereka Takut Rugi Kerana Menaja Penganjuran Sesebuah Acara Sukan?

Berita Harian, 8 Dis 2009

Aksi 25 pemain terbaik dunia
Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my

NAJIB merasmikan pelancaran kejohanan di The Mines, semalam. Turut kelihatan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek (kanan) dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen.

SUKAN negara sekali lagi mencatat sejarah apabila buat julung kali, Jelajah PGA AS - siri jelajah golf terbesar dunia - dibawa ke Malaysia, tahun depan. Golf Klasik Asia Pasifik Malaysia 2010, yang menawarkan AS$6 juta (RM20.8 juta) keseluruhan dijangka dapat menarik sekurang-kurangnya 25 pemain terbaik dunia dan 10 pemain terbaik Asia.

“Malaysia sedang berkembang pesat sebagai destinasi golf terulung Asia dan adalah penting untuk kita memiliki acara kelas dunia seperti Jelajah PGA jika ingin terus maju dalam sukan golf di peringkat antarabangsa,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di majlis pelancaran kejohanan di Kelab Golf The Mines, semalam.

“Penganjuran Jelajah PGA ini adalah bukti jelas kekuatan Malaysia dalam industri sukan terbabit.”

Golf Klasik Asia Pasifik Malaysia 2010 adalah hasil kerjasama Jelajah PGA, Jelajah Asia, Carbon Worldwide dan Promosi PGA Malaysia. Kejohanan terbesar di Asia Tenggara ini bakal menduduki ranking ke-15 dunia pada segi hadiah kejohanan.

Carbon Worldwide selaku penganjur kejohanan sebelum ini pernah membawa Piala Dunia Golf pada 1999 di lokasi sama dan kali ini untuk tempoh tujuh tahun akan datang.

1 comment: